Penyedia latihan berdaftar HRDCorp & CIDB yang menawarkan seminar pengurusan projek, kontrak, CIPAA, EOT, Variation Order, retention sum, dan kewangan untuk industri pembinaan Malaysia.
Semua kontraktor berdaftar CIDB perlu memenuhi keperluan Mata CCD minimum untuk membaharui PPK mereka.
Syarikat boleh membuat permohonan sekurang-kurangnya 120 hari sebelum tarikh luput PPK. Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran dan bebas daripada tindakan tatatertib. Tempoh pendaftaran adalah antara 1 hingga 3 tahun bergantung kepada mata CCD yang terkumpul. CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred/kategori/pengkhususan pendaftaran kontraktor berdasarkan dokumen/maklumat yang diisytiharkan semasa pembaharuan.
Pastikan mata CCD anda mencukupi sebelum memohon pembaharuan PPK.
Seminar online diiktiraf HRDCorp & CIDB. Setiap program memberikan Mata CCD CIDB untuk keperluan renewal PPK.
Pemahaman mendalam tentang Akta Kontrak, CIPAA 2012, tuntutan bayaran, dan adjudikasi dalam pembinaan.
Metodologi PMP (PMI-USA), pengurusan bayaran interim, kawalan kos dan jadual projek pembinaan.
Prosedur tuntutan Lanjutan Masa (EOT), dokumentasi sokongan, dan tuntutan kerugian & perbelanjaan mengikut kontrak.
Memahami hak tuntutan bayaran, mengurangkan risiko pertikaian dan mengurus tuntutan secara sistematik melalui CIPAA 2012.
Menguruskan isu Variation Order, bayaran dan wang tahanan secara efektif mengikut proses kontrak PWD 203A & PAM 2018.
Teknik dan format penulisan surat menyurat kontrak yang betul mengikut keperluan Borang Kontrak PWD 203A dan PAM 2018.
Seminar kami dijalankan secara online (Google Meet) — boleh disertai dari seluruh Malaysia mahupun luar negara. Anda juga boleh menjemput kami untuk menjalankan Seminar In-House di lokasi pilihan anda. Tempat terhad — daftar awal.
Semua seminar online (Google Meet) | Masa: 8.30 AM – 4.30 PM | HRDC Claimable
| Tarikh | Program | CCD | Yuran Biasa | Daftar |
|---|---|---|---|---|
| 7 & 8 Jan 2026 | V.O, Bayaran & Retention Sum | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 15 Jan 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM120 | Selesai |
| 21 & 22 Jan 2026 | EOT & Loss and Expense | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 4 & 5 Feb 2026 | Projek Kaedah PMP & Bayaran | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 12 Feb 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Selesai |
| 25 & 26 Feb 2026 | V.O, Bayaran & Retention Sum | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 11 & 12 Mac 2026 | EOT & Loss and Expense | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 17 Mac 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Selesai |
| 1 & 2 Apr 2026 | Projek & Kewangan | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 9 Apr 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Selesai |
| 22 & 23 Apr 2026 | V.O, Bayaran & Retention Sum | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 6 & 7 Mei 2026 | EOT & Loss and Expense | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 14 Mei 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Selesai |
| 20 & 21 Mei 2026 | Projek & Kewangan | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 3 & 4 Jun 2026 | Projek & Kewangan | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 18 Jun 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Selesai |
| 1 & 2 Julai 2026 | V.O, Bayaran & Retention Sum | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 9 Julai 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Selesai |
| 15 & 16 Julai 2026 | EOT & Loss and Expense | 20 Mata | RM300 | Selesai |
| 30 Julai 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Selesai |
| 5 & 6 Ogos 2026 | EOT & Loss and Expense In-House | Negeri Roadstone, Nilai | 20 Mata | — | Tertutup |
| 12 & 13 Ogos 2026 | Projek & Kewangan | 20 Mata | RM300 | Daftar → |
| 20 Ogos 2026 | Penyelesaian Pertikaian Bayaran | 10 Mata | RM150 | Daftar → |
| 27 & 28 Ogos 2026 | V.O, Bayaran & Retention Sum | 20 Mata | RM300 | Daftar → |
| 9 & 10 Sep 2026 | EOT & Loss and Expense | 20 Mata | RM300 | Daftar → |
Seminar kami dikendalikan oleh pakar industri pembinaan yang berpengalaman lebih 30 tahun.
Hj Ismail Bin Omar adalah seorang Perunding Pengurusan Projek Profesional Bertauliah dengan pengalaman luas selama 39 tahun dalam bidang pembinaan di dalam dan luar negara. Beliau memiliki kelayakan PMP daripada Project Management Institute (PMI-USA) dan pernah berkhidmat sebagai Adjudicator Bertauliah di bawah Asian International Arbitration Centre (AIAC).
Ahmad Fauzi Bin Mohamed Ali memiliki pengalaman luas selama 37 tahun dalam pengurusan projek pembinaan, operasi loji, dan projek offshore/onshore dalam industri minyak & gas. Beliau juga terlibat dalam projek infrastruktur berskala besar termasuk Kompleks Pejabat Perdana Menteri & Kediaman Rasmi PM di Putrajaya dan KLIA, Sepang.
Minda Wibawa Resources telah beroperasi sejak 2013, menyediakan latihan berkualiti tinggi kepada kontraktor, pemaju dan profesional industri pembinaan di seluruh Malaysia.
Kami pakar dalam bidang CIPAA, pengurusan kontrak, EOT, Variation Order, dan pengurusan projek. Semua kursus kami adalah HRDCorp Claimable Courses — majikan boleh menuntut bayaran latihan melalui HRDCorp.
Rujukan pantas tentang CIPAA 2012 untuk kontraktor dan pegawai kerajaan.
Seminar online — boleh disertai dari seluruh Malaysia mahupun luar negara. Dapatkan Mata CCD CIDB & Sijil Kehadiran untuk renewal PPK anda. Semua kursus HRDCorp Claimable.
Kunjungi pejabat kami untuk pertanyaan, pendaftaran, atau urusan rasmi lain.
No. 12A, Jalan 27/54,
Taman Alam Megah, Seksyen 27,
40400 Shah Alam,
Selangor, Malaysia